doa dan harapan

Ya Allah yang Maha Pemurah,

Aku hambamu yang lemah, mohon rahmatMu untuk memberikan ku kekuatan, kesabaran, ketabahan dalam menempuhi dugaanmu Ya Allah. Aku hambamu yg penuh dengan kekurangan memohon agar diberikan petunjuk untukku teruskan hidup ini dengan pimpinan suami yg paling ku cintai Syed Zaini...

Rabbiyassir wa la tu'assir, rabbi tammim bil khair. Mudahkan perjalanan hidup kami, murahkanlah rezeki kami ya Allah...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Limpahkan lah kasihsayangMu ya Allah kepada kami, moga hubungan kasih syg suami isteri antara kami berkekalan hingga ke akhir hayat.

Amin ya Rabbal 'Alamin....

a walk to remember

DaisypathAnniversary Years Ticker

our lil munchkin~

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, June 8, 2011

Pengalaman Pertama =)

Harini hari ke 47.
Wehooo dah merdeka!!
Baru ada mood sket nk bercerita psl pengalaman bersalin anak pertama.
3 tahun lepas rasa natural contraction, tapi sb nk miscarriage.
Tahun ni alhamdulillah, walaupun bukan natural contraction, tapi Allah bg peluang untuk merasa pengalaman bersalinkan anak sendiri.
17 April 2011
Checkup kat KK Presint 3, nurse check baby dah engaged, soo anytime from now boleh bersalin. Aku nk jumpa doc sb aku regarding masalah ibu jari mcm terseliuh (read: Carpal Tunnel Syndrome -CTS) Doc ckp, CTS biasa walaupun bkn sume pregnant lady alami masalah ceni. Aku tny whether Doc nk scan utk tgk condition/position baby tp Doc cuma kata since nurse check baby's heart beat sume ok so xde nak scan-scan dah. 

21 April 2011
1030 pagi
Checkup biasa dgn Dr Faz @ Azzahrah. Kalau ikut Azzahrah time ni dah 38 weeks. (KK kata 39 weeks dah) As usual aku sihat walafiat. Doc scan baby sb nk compare pembesaran dia dari last 2 weeks. Ternyata, pembesaran baby dalam perut kurang 2 minggu dari usia sebenar. Lepas husband aku tny² Dr Faz, dia advise INDUCE. Yes, induce. Dia kata bior baby beso kat luar, kuar kecik xpe. Daripada nk tunggu natural contraction yg tah bbila, Dr risau umbilical cord/placenta xsupply enough oxygen & nutrien utk baby beso kat dalam perut. Bila? Malam ni jugak. Husband aku terus muka ceria. Dia mmg happy la, setiap hari sebelum tdo dok tanya aku & cakap dgn baby dlm perut bila nk  kuar. Aku yg cuak weh. Bajet akan rasa natural contraction, ttba je arini checkup mlmni nk kena induce nk besalin.

Lepas checkup je, marathon la aku. Marathon g makan McD, minum Frappucino kat Starbucks, last round shopping kat Alamanda & kedai hardware beli penyidai untuk baby. haha.

930 mlm 
check in kat Azzahrah with beloved husband & mama.

1030 mlm
Midwife dtg check & masukkan ubat induce. Masuk? Bukan cucuk ke? Huhu. Dia kata kat aku, sakit sikit je, ubat induce cam panadol je. Ok, panadol kecik je. Sekali nah, beso duit 20sen tu masukkan kat cik-V tu. Nak masuk tu pun sakit. Tapi nurse & bidan cool, baik, polite je. Lepas masuk ubat induce tu, ikut bidan slowly akan rasa contraction, & contraction kuat insyaallah lepas 6 jam.

Lepas je masuk ubat nurse pasang machine CTG tu. Mmg dh start rasa contraction lepas dlm 2-3 jam. Tapi kecik je la, xkuat sgt. Aku relax je & plan x nak amik Epidural. Boleh melantak lagi apa je makanan hospital bagi sume makan. =P

22 April 2011
630 pagi
Nurse dtg check graf contraction aku. Still kecik. Lepastu midwife lak dtg, check bukaan. Baru 1-2 cm. Dia confirmkan dgn Dr Faz, masuk 1 lagi dose ubat tu. Huhu. 

930 pagi
Dr Faz dtg visit & check bukaan lagi. 2cm. =(
Lambatnyaaaa! Tapi masa ni aku dah rasa contraction kuat, every 40 minutes.
Dr ckp, kalau xtahan sakit sgt dah bitau nurse. Kalau tak, lepas Zohor br turun labour room.

1230 tghari
Makan. Haha. Sakit pun boleh mkn weh. Konon nk ada tenaga utk push. Contraction still every 40 minutes.
2 ptg
Solat & siap nk turun labour room. Dr Faz dh standby.

3 ptg
Cik-V still 2cm. Dr Faz pecahkan air ketuban, n masuk water drip utk cepatkan bukaan.

5 ptg
Aku dh lembik. tp still bekeras xnak epidural. Nurse check Cik-V br 3cm.

6 ptg
Husband decide Epidural utk aku, sb lama sgt tahan sakit, takut by the time nk besalin dh xde tenaga lgsg.

645 ptg
Dr Ros (klu xsilap aku) smpi & inject Epidural. Cepat gila woh effect dia. Kurang 5 minit aku dh kebas kaki, more calm & kurang rasa sakit. Jgn silap ye kawan-kawan, Epidural bkn utk xrasa sakit, tapi mengurangkan rasa sakit contraction tu je. Sakit still rasa ok.

715 mlm
Dah start rase nk teberak. Nurse check, alhamdulillah dah 7cm dilated. Aku rasa mungkin bila aku tenang tu Cik-V cpt dilated kot. :P

810 mlm
Mmg nk teberak gile dah. Nurse check lagi, fully dilated. Alhamdulillah! Nurses standby sume perkakasan
& Dr Faz dtg utk sambut baby.

820 mlm
Start meneran. Dalam amik Epidural tu pun aku xlarat teran weh. 4x kot try. Dr Faz dh risau sb jantung baby makin drop. Aku tgk kat machine tu nmpk number merah dok blinking² je. Huhu.

850 mlm
Hussayni lahir.. Masa tu dh last try. Dr Faz nk vacuum. Dia letak vacuum tu kt Cik-V, & bila dia suh teran br aku teran. Zaapp! sekali je terus dngr suara baby nangis. Sayu wei, nangis aku. Anak sndr, yg aku & husband tunggu². Tgk husband aku nangis lagi aku sebak. Tp betul yg sume org ckp, tgk muka baby hilang sume rasa sakit teran, Dr Faz jahit pun aku relax je.

Alhamdulillah, walaupun lama gak masa aku nk besalin, tp dgn support husband, mama aku, mama abah in law, adik² sume Allah mudahkan. Xde smpi kena c-sec. Baby pun sihat alhamdulillah, cuma hari ke-4 admit balik sb jaundice dia 271. 

Kalau tanya aku, setakat apa yg aku experience kat Azzahrah, perfect xde cacat cela. Layanan alhamdulillah, berbaloi bayo lebih sket tapi sejuk hati kita ni. Dari pakcik yg bukak pintu smpi la doctor pakar, suma pleasing & treat baik sgt. Siap sebelum bersalin ada PRO & Ustazah dtg visit tny ada apa² tak yg xpuas hati, & doakan sama² untuk patient. Bukan masa bersalin je, tapi masa Hussayni jaundice haritu pun sama.
Alhamdulillah.

Oh ye. Syukur sgt² aku buat check up 2 tempat, KK & Azzahrah. Kalau aku harapkan KK je, tah ape jadi dgn baby. Ish xmampu aku nk pk. Nauzubillahiminzalikh.

Apapun, sume dah slmt, Hussayni pun dah sihat, dah g jalan² kat Jusco Cheras Selatan dah tadi. Yayy!

**Tq beby for always be there whenever i need u. Thanks for everything. Luv u & Hussayni more than words can say. 
*big hugs*


xoxo,

2 comments:

farah si monster said...

kenapa along takdak masa kakyong nak besalin? sedih sangat tsk tsk T___T

goblogbyfarah said...

Alhamdulillah, bersalin normal walaupun induce and epidural.


kalau ada rezeki, saya nak beranak kat az-zahrah lagi ;)