doa dan harapan

Ya Allah yang Maha Pemurah,

Aku hambamu yang lemah, mohon rahmatMu untuk memberikan ku kekuatan, kesabaran, ketabahan dalam menempuhi dugaanmu Ya Allah. Aku hambamu yg penuh dengan kekurangan memohon agar diberikan petunjuk untukku teruskan hidup ini dengan pimpinan suami yg paling ku cintai Syed Zaini...

Rabbiyassir wa la tu'assir, rabbi tammim bil khair. Mudahkan perjalanan hidup kami, murahkanlah rezeki kami ya Allah...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Limpahkan lah kasihsayangMu ya Allah kepada kami, moga hubungan kasih syg suami isteri antara kami berkekalan hingga ke akhir hayat.

Amin ya Rabbal 'Alamin....

a walk to remember

DaisypathAnniversary Years Ticker

our lil munchkin~

Lilypie First Birthday tickers

Friday, August 21, 2009

BTN & Anniversary

Kusus BTN yg saya pegi last week bertempat di Sandy Beach Resort, Langkawi. Dari 1st day btolak dr lcct saya asyik berendam airmata, flight takeoff ngobak, landing ngobak, smpi bilik lps register pun ngobak, nk tdo ngobak. Ye la, xpenah saya pegi kusus jauh2 lps kawen. Kena plak time ni, minggu anniversary yg ke 2 tahun, dan terpaksa ke langkawii seorang diri. Langkawi tu dah la tmpt 1st date kitorang 10 tahun dulu. Kat pantai cenang jugak. Dan tempat honeymoon 2 tahun lalu. Haihh. Memang sayu la aku!

BTN batch kitorg xbuat kat kem, kalau xsalah sb kem tutp gara2 H1N1 yg melanda. 1 segi, rugi sb xdapat nk merasa pengalaman lasak2 tu (konon! Padahal saya mmg xsuka melasak) 1 segi lagi sgt selesa sb tdo bilik aircond, ada bilik air sndr, ada tv. Hihi.

So far, sgt best. Walaupun dalam pembentangan kertas kerja (ceramah) & LDK tghari saya salu tersengguk2. jadual agak tight tp faci & jurulatih sgt sporting. Bayangkan, ptg hari kedua je buat ujian fizikal. Hari ke3 pegi pantai main volleyball, hari ke 4 mandi laut. Hihihi.

Last day aktiviti kembara dibatalkan. Pagi tu acara bebas, pukul 9 sume peserta kena buat ujian bertulis. Harap2 saya pass, xsanggup lagi nk berpisah dgn husband utk BTN lagi. Closing ceremony pada pukul 11 pagi, dan pukul 12.30 sume peserta dibenarkan berkembara di pekan Kuah untuk bersopping! Wehoo. Tp saya, ferry kul 2.30 ptg. Pakcik saad (besfren arwah abah) fetch saya dan send to jeti kuah. Shopping kt situ je la. Beli coklat & souvenir sket2 dgn flusk yg mil pesan.

Kul 2.30-2.45 bertolak ke kuala kedah. 1st time saya naik ferry sorg2. ngeri pun ada. Smpi kt kuala kedah almost 4p.m, mama jemput. Yay! Walaupun belum smpi di pangkuan suami tercinta, tp sgt relief sb dah berada di rumah sendiri. Hari terakhir berkursus ialah 17 august. 2 tahun yg lalu, pada tarikh ini, saya diijabkabulkan dgn suami yg tercinta di sini (Kedah)

Hari Selasa (18.8.2009)
Pagi2 dah kuar dgn mama ke Asari Murni Travel & Tours. Bukan sb nk g umrah, tp mama nk beli air zamzam. Kat Asari murni ada ustaz yg jual 1 tong air zamzam = rm100. kat sana jumpe kakak kesayangan saya-kakwa. Dia keje situ.

Lps tu jalan2 dgn mama g alor star mall, cari hadiah special utk husband! ;)
Kul 1 baru balik umah. Tu pun memikirkan flight saya ptg nti. Kalau tidak maunye saya jalan lagi!
Depart dr alor star lewat 20 minit. Sy sampi di lcct almost @ 7. di sana, suami tercinta sedang menunggu dgn blackmica pengganti blackpearl. :D
Dgn romantiknya si dia sambut saya dgn pelukan rindu, kad anniversary & teddybear comel with famous amos cookies! Happy!!!

Balik rumah, suami tercinta siapkan dinner, dia dah siap masak nasik, beli ayam percik rasamas. Saya plak bwk blk lauk tambahan dr rumah mama, masak lemak ketam & hati goreng.

Apapun, this is the bestest anniversary celebration so far, walaupun terpaksa cancel vacation to melaka dan equatorial yg tepon berkali2 masa di langkawi, tp terubat dgn keikhlasan suami menyambut kepulangan isteri dgn penuh kasih sayang.

Thanks darling.
Syg hargai sgt²!
Luv u.

Eh. Lupa. Malam td kitorg pegi test drive keta baru sekitar putrajaya.
Sgt best!
x sabar nk gi jalan2 lagi!
Malam ni bermulalah tarawikh pertama kita bagi tahun 1430H.
Selamat menyambut Ramadhan!


xoxo,

7 comments:

Sheffa said...

Happy anniversary!~ :)
bestnyer kete tu..hehehe..+salam ramadhan

susudalambotol said...

wah. rezeki melimpah-limpah nampaknya. alhamdulillah.. semoga ko terus bersabar ye :)

xeea said...

wow! lancer tuh!

hepi anniversary, neway. tiap daripada kita, dah ditetapkan bahagian masing2. sama2 kita usaha, ok :)

mrs.syediz said...

shifa: thanks shifa. salam ramadhan to u too~

hidd laling: alhamdulillah. rezeki baby je belum lagi. insyaallah aku akan terus bersabar. thanks fren.

xeea: lancer suami :p
thanks xeea. tu lah, rezeki tu Allah dah tetapkan, lambat atau cepat je, kan. jom berusaha bersungguh²!

~thanks for the wishes, dear frens.

goblogbyfarah said...

happy anniversaries huda..


lawanya kereta diaaaaaaaaaaa!!!!!

mrs.syediz said...

:D

tq farah!
doakan kita ccpt dpt baby ya!

keta husband tu, saya tumpang je. hihi.

My LiFe said...

lomantiknyerrrr...
happy aniversaryyyyyy yay~ semoga berbahagia ke akhir hayat..aminnn

p/s: cunnyer kete.......