doa dan harapan

Ya Allah yang Maha Pemurah,

Aku hambamu yang lemah, mohon rahmatMu untuk memberikan ku kekuatan, kesabaran, ketabahan dalam menempuhi dugaanmu Ya Allah. Aku hambamu yg penuh dengan kekurangan memohon agar diberikan petunjuk untukku teruskan hidup ini dengan pimpinan suami yg paling ku cintai Syed Zaini...

Rabbiyassir wa la tu'assir, rabbi tammim bil khair. Mudahkan perjalanan hidup kami, murahkanlah rezeki kami ya Allah...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Limpahkan lah kasihsayangMu ya Allah kepada kami, moga hubungan kasih syg suami isteri antara kami berkekalan hingga ke akhir hayat.

Amin ya Rabbal 'Alamin....

a walk to remember

DaisypathAnniversary Years Ticker

our lil munchkin~

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, February 17, 2009

drowning

Tetiba hati ini sgt sayu, mengenangkan apa yg terpaksa dilalui.
Terlalu personal utk dicatatkan disini. Tetapi, hati saya pedih… kerana tidak berikan hak utk bersuara dan tidak diberikan peluang untuk berbincang. Siapakah saya untuk mempersoalkan tindakan itu. Mereka berkuasa. Mereka mampu mengarahkan segalanya dan kita hanya wajib mengikut. Jika bersuara-kita adalah pelampau Negara dan perlu diboikot supaya sedar dari mimpi yang indah, bangkit di dunia yg nyata.

Apa yg telah dilakukan sepenuh hati tidak mereka sedari, tetapi hanya mencari kekurangan diri.
Semoga diri tidak dizalimi, hanya padaNya tmpt mengabdikan diri.


** Saya sayang mr syediz. Doakan kami sntsa dimurahkan rezeki, tabah & kuat menghadapi segala dugaanNya hingga ke hujung nyawa.



ikhlas dari hati yang paling dalam,

5 comments:

Monamie said...

sabar huda. ada hikmah semua ni. sabar na.

umi zikry zafry said...

Huda,
Apapun masalah yang menimpa. Hadapilah dengan kesabaran. Kesabaran itu mahal harganya.
Berkat kesabaran faedahnya berganda..

mrs.syediz said...

mona : doa utk huda na mona.sedih!

niza : thanks niza,doa utk huda gak tau!

mrsnonchalant said...

setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.. Doa byk2 & tawakal insyaAllah... Semoga kita semua dpt mjalani kehidupan yg lebih gembira & bermakna.. Amin..

mrs.syediz said...

mrsnonchalant : thanks laling.amin.